Minimum deposit bonuses Minimum deposit poker Free poker money no deposit New no deposit bonuses Real poker money
Laman Utama

PostHeaderIcon Pengambilan Pelajar Kali Kedua

 Peluang Latihan Kemahiran kepada Pelajar Lepasan SPM dan Percubaan SPM 2011 sepenuh masa kini dibuka seperti Maklumat berikut:

Tempoh Pendaftaran : 11 Januari 2012 - 17 Februari 2012
Masa Daftar              : 8.30 pg - 5.00 petang (Waktu Bekerja)
Dokumen yang perlu di bawa  : Salinan IC, Sijil SPM atau SPM Percubaan

Kursus yang ditawarkan:

Teknologi Rekabentuk Produk Industri - 22 kekosongan
Teknologi Pembuatan (Perkakasan) - 25 kekosongan
Teknologi Plastik - 18 Kekosongan - 27 kekosongan
Teknologi Kimpalan Arka dan Gas - 13 kekosongan
Teknologi Fabrikasi Logam - 23 kekosongan
Teknologi Mekatronik - 22 kekosongan
Teknologi Komputer - 4 kekosongan

SIJIL SPM

KELAYAKAN MINIMUM : LULUS BM, MATEMATIK/SAINS
PERSIJILAN                        : SKM TAHAP 1, 2 DAN 3
TEMPOH                             : 2 TAHUN 6 BULAN
ELAUN                                 : RM100.00 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI   : RM300.00 SEBULAN
YURAN PENDAFTARAN          : RM600.00 (SEKALI SAHAJA)

KELAYAKAN MINIMUM     : LULUS PERCUBAAN SPM
PERSIJILAN                     : SKM TAHAP 1
TEMPOH                           : 6 BULAN
ELAUN                              : TIADA
YURAN PENDAFTARAN      : RM600.00 (SEKALI SAHAJA)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Mahmood (019-9133944) / Pn Faafizan (019-2645425) / Hj Saat (019-7841729)
/ 06-9773800 samb. 102, Fas: 06-9773799

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 12 Januari 2012 16:28 )

 

PostHeaderIcon Pendaftaran Kemasukan Sesi 1/2012

 Sukacita dimaklumkan maklumat ringkas Pendaftaran Kemasukan bagi Sesi 1/2012:

  1. Pendaftaran Pelajar Baru          : 9 Januari 2012 (Isnin)
  2. Minggu Suaikenal (MSK)           : 9 - 13 Januari 2012 (Isnin - Jumaat)
  3. Pendaftaran Pelajar Senior        : 16 Januari 2012 (Isnin)

Kepada sesiapa yang berminat manyambung pelajaran di Institut ini, boleh hubungi talian 06-9773800 atau datang terus pada hari pendaftaran ke ILP Ledang dengan membawa bersama Salinan Kad Pengenalan, Salinan SPM dan Sijil-sijil berkaitan.

 

PostHeaderIcon Robot Challenge Week 2011

 
Robot Challenge Week (RCW) 2011 telah diadakan di Multimedia Univerisiti Melaka, pada 10 - 11 Disember 2011. ILP Ledang telah menghantar sebanyak 5 buah robot yang direkacipta oleh 29 orang pelajar dari Teknologi Mekatronik dan dibantu oleh 5 orang pengajar iaitu En. Mat Nizam, En. Ahmad Mohsin, En. Hussin, En Azmi Buhari dan Cik Dyantilaila. Pelajar yang terlibat terdiri dari semester 1 , 2 dan 3. Perlawanan dibuat secara berkumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D. Dibawah adalah senarai nama robot mengikut kumpulan dan keputusan seluruh perlawanan:

KUMP A: (1) Kenna Boi, (2) Jack Sparrow
KUMP B: Zoragon
KUMP C: Ghost
KUMP D: Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Pertama 
- Kenna Boi lwn VTT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat) dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn The Black Lotus (Polisas), dimenangi oleh The Black Lotus
- Ghost lwn UTEM, dimenangi oleh UTEM
- MeioZorro lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Kedua
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Puo Terra
- Jack Sparrow lwn Psyclops (ILP KL), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM Perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Diffoser (DHRA), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Meio Zorro

Keputusan Perlawanan Ketiga
- Kenna Boi lwn Kuro (MMU Melaka), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Hammer Beez (ILP PG), dimenangi oleh Jack Sparrow
- Zoragon lwn UM-A (CPDM-UM), dimenangi oleh Zoragon
- Ghost lwn Buggy Amur (Polisas), dimenangi oleh Ghost
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow

Keputusan Perlawanan Kalah Mati
- Kenna Boi lwn Puo Terra (Poli Ungku Omar), dimenangi oleh Kenna Boi
- Jack Sparrow lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Al-Gojo
- Zoragon lwn Atom Cunq (UM perlis), dimenangi oleh Zoragon
- Mieo Zorro lwn Stingray (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Stingray
- Kenna Boi lwn TT012 (UTM), dimenangi oleh Kenna Boi
- Meio Zorro lwn Black Widow (Polisas), dimenangi oleh Black Widow

Keputusan Perlawanan Suku Akhir
- Kenna Boi lwn Al-Gojo (ILP Kuala Langat), dimenangi oleh Kenna Boi
- Zoragon lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir
- Kenna Boi lwn Inno Squad B (UTM KL), dimenangi oleh Inno Squad B

Keputusan Perlawanan Penentuan Tempat 3 dan 4
- Kenna Boi lwn Anak Putra (UPM), dimenangi oleh Kenna Boi
 

PostHeaderIcon Status Permohonan ILJTM 1/2012

 Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke ILJTM bagi sesi 1/2012 boleh di semak Di Sini.

 

PostHeaderIcon Tahniah Peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia 2011

 
Kecemerlangan ILP Ledang khususnya dan ILJTM umumnya diteruskan lagi dengan pencapaian yang amat membanggakan di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia ( PKM ) kali ke 12 tahun ini. Daripada 7 orang pelajar ILP Ledang yang berjaya ke peringkat akhir, 3 daripadanya telah berjaya mengharumkan nama ILP Ledang kerana dapat menduduki 3 tempat teratas dalam bidang yang ditandingi. Mereka adalah Saudara Mohd Zarul Azali yang telah memenangi pingat emas dalam bidang IT Network System Administration, Saudara Zamru Zakaria yang berjaya menggondol pingat perak bagi bidang Kimpalan manakala pingat gangsa telah berjaya ditakluki oleh Saudara Muhammad Izzuddin Rosli untuk bidang CNC Turning. ILP Ledang mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan berharap agar usaha dan komitmen yang lebih gigih diteruskan untuk memastikan kejayaan di masa hadapan. Pencapaian cemerlang ini juga diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi serta suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk membuktikan kebolehan diri dalam bidang masing-masing selain dapat melahirkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar itu sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan juga wajar diberikan kepada para jurulatih yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melatih para pelajar demi untuk memastikan kejayaan dapat digenggami seterusnya dapat mengekalkan kualiti kemahiran yang dipertahankan selama ini. ILP Ledang Boleh!

Mengimbas kembali kronologi pertandingan, pada 4 hingga 6 April 2011, ILP Ledang telah diberi    penghormatan apabila terpilih menjadi tuan rumah untuk kali ketiga berturut-turut untuk Pra-Kelayakan   Pertandingan Kemahiran Malaysia bagi bidang Mechanical Engineering Design – CAD yang menyaksikan 12 penyertaan di kalangan pelajar ILJTM yang mengambil bahagian iaitu ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ILP Bukit Katil, ILP Kuala Langat, ILP Pedas dan ILP Kota Kinabalu. Pertandingan kali ini diadili oleh 3 orang hakim profesional dari SIRIM, MFI dan UiTM. Sementara itu, sejumlah 16 orang pelajar ILP Ledang dari pelbagai bidang kemahiran telah menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia yang diadakan di serata lokasi terpilih dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7 orang pelajar layak ke peringkat akhir.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 09 Disember 2011 12:22 )

 

<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 3

Facebook
Banner
Banner
Gambar Pilihan
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
  • Familly Day 2008
Berita Terkini

Selamat Melayari laman Web Istitut Latihan Perindustrian Ledang..... 

Kepada semua bekas pelajar ILP ledang yang masih belum menuntut Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Juruteknik Perindustrian, sila berbuat demikian di Unit Kawalan Teknikal (UKT) ILP Ledang

Pautan
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner