en adnanAlhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak dan izinNya, laman web ILP Ledang  dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan adanya laman web ini, diharapkan ianya dapat memberi perkhidmatan dan bermanfaat sebagai wadah perkongsian maklumat interaktif kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Laman web ini dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam, menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran yang ditawarkan di Institut latihan Perindustrian Ledang serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua golongan masyarakat. 

Pada tahun 1998, ILP Ledang yang dahulunya dikenali sebagai ILP Muar mencatat sejarah sebagai salah sebuah agensi penyedia latihan teknikal dan kemahiran di bawah Jabatan tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50 ekar. Dibangunkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-7, ILP Ledang ditubuhkan untuk melatih lepasan sekolah dan pekerja industri dalam kemahiran teknikal secara formal yang telah bermula secara rasmi pada 13 Oktober 2000 dan sesi pengambilan pelajarnya yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001. 

Sebagai sebuah Negara yang sedang menuju kearah Negara maju, modal insan yang berkualiti amat diperlukan pada masa kini dan akan datang. Aktiviti peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ( k-ekonomi ) mestilah diberi perhatian dan keutamaan oleh masyarakat agar negara tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. 

Atas kesedaran ini, kami menyeru semua lapisan masyarakat terutamanya lepasan sekolah dan  pekerja sektor industri agar merebut peluang yang kami sediakan bagi memprolehi maklumat terkini kearah pembangunan keupayaan diri berasaskan pengetahuan dan kemahiran. 

Seterusnya kami berharap semoga maklumat yang disediakan malalui laman web ini memberikan manfaat kepada semua pengunjung. 

Sekian Terima Kasih, Selamat Melayari laman Web Institut Latihan Perindustrian  Ledang, Johor darul Takzim.   

 

Adnan Bin Ismail
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian Ledang.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 03 September 2009 17:07 )