Jabatan Tenaga Manusia diamanahkan untuk membekalkan tenaga mahir yang terlatih. Dengan itu, kami berjanji :-

  • Membangun dan menjalankan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan negara dan perkembangan teknologi;
  • Mengeluarkan tenaga mahir dan pensyarah yang kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi;
  • Mengiklankan maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) tiga bulan sebelum pengambilan;
  • Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang tiga minggu sebelum kursus bermula; dan
  • Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam.
Untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepaad Jabatan Tenaga Manusia, Khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangan kami.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 15 Januari 2010 04:48 )