Keterangan Kurus:
Kursus Pemesinan CNC adalah kursusu yang berkaitan dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi yang dikawal oleh komputer. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan mesin CNC Kisar (Milling), CNC larik (Lathe), CNC Canai, Grinding), CNC EDM, software CAD dan software CAM, basic komputer dan supervisory. Mereka juga akan didehkan dengan penggunaan mesin konvendional seperti mesin larik kisar, canai dan gerudi. Selain itu, mereka jug akan diajar menggunakan alatan tangan dan alatan pengukuran.

Kemudahan Yang Disediakan:
Bahagian CNC menyediakan kemudahan seperti bilik kuliah, bengkel, bilik pengukuran (QC) dan lab komputer yang dilengkapo dengan penghawa dingin. Komputer yang disediakan mengikut spesifikasi yang terkini dan dilengkapi dengan software yang diguna pakai di industri. pemesinan CNC juga menyediakan mesin-mesin CNC yang mengikut spesifikasi seperti di dalam industri yang mempunyai 2,3 dan 4 paksi (axis).

Syarat kemasukan:
Lulus kredit bagi Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik serta lulus dalam Bahasa Inggeris. Pelajar daripada Sekolah Vokasional atau Teknik juga hendaklah lulus dengan kredit dalam bidang pemesinan.

Persijilan:
Kursus CNC menewarkan SKM tahap 1,2 dan 3. Tahap 1 adalah di dalam bidang Pemesinan Am, manakala tahap 2 dan 3 di dalam bidang Pemesinan CNC. Sijil yang akan diperolehi adalah sijil SKM bagi tahap 1, 2 dan 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) beserta Sijil Teknologi Pemesinan CNC yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Pelajar akan dinilai berdasarkan sistem CGPA daN GPA.

Prospek Kerjaya:
Prospek kerjaya bagi pelajar keluaran kursus Pemesinan CNC adalah meluas di dalam bidang pengeluaran dan pembuatan samada sebagai Juruteknik, Designer atau Programmer.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 25 Mac 2010 04:51 )