Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
Teknologi Kimpalan Arka dan Gas (Arc and Gas Welding Technology)
Pengenalan
Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang kimpalan, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja industri yang bermutu tinggi dalam bidang kimpalan, bengkel kami menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dengan kemudahan peralatan berteknologi tinggi yang terkini serta tenaga pengajar yang berpengalaman.
Objektif Latihan
* Memahami langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kimpalan.
* Dapat membaca dan mengenali simbol simbol, seterusnya melukis ‘technical drawing’.
* Memberi pengetahuan dan latihan amali kepada pelajar tentang proses proses kimpalan yang biasa digunakan untuk industri melalui latihan yang bersistematik.
*Seterusnya, melahirkan tenaga kerja mahir untuk keperluan negara.
Keterangan Kursus
Disini pelajar-pelajar akan mempelajari matapelajaran seperti:-
* Apply Safety Practical And Procedures.
* Read Drawing and Specification.
* Manage Material And Consumables.
* Perform Thermal and Mechanical Cutting.
* Prepare Joins/ Materials for welding.
* Perform Pre-Heating Process.
* Perform Welding Using SMAW,GTAW,GMAW Process.
* Perform Quality Control / Inspection.
* On Job Training (3 Bulan)
Kemudahan
Kemudahan kemudahan yang bakal dinikmati oleh pelajar adalah seperti :-
* Kemudahan makmal komputer.
* Kelas teori .
* Kelengkapan bengkel yang lengkap.
* Latihan yang diberi oleh pakar-pakar yang di iktiraf oleh JPK.
* Loker untuk setiap pelajar.
* Latihan yang dijalankan adalah percuma.
* Tempoh KursusTahap dan tempoh latihan bagi kursus Kimpalan Arka & Gas yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
* Tahap 1 - 6 Bulan
* Tahap 2 - 6 Bulan
* Tahap 3 - 12 Bulan
Kelayakan Masuk
* Warganegara Malaysia.
* Belia lepasan sekolah atau pekerja industri yang berumur 17 hingga 30 tahun.
* Kelulusan akademik bergantung kepada bidang kursus yang dipohon. Lulus SPM/SPMV (Lulus Sains atau Matematik serta Lulus Bahasa Malaysia) atau setaraf bagi kursus yang bermula dengan Tahap 1.
Persijilan
* Sijil Juruteknik Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
* Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2 & 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Prospek Kerjaya
* Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera,industri perabot,peralatan logam dan kerja kerja struktur pembinaan.
* Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak.
* Di bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor,alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian
* atau menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.
* Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3 dan 4 ( setaraf diploma ) dan tahap 5 ( setaraf ijazah ) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, dan lain-lain..
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 06 Mac 2010 04:30 )






























