Teknologi Rekabentuk Produk Industri
Kod Kursus: A12
Jangkamasa: 1 Tahun 9 Bulan
Keterangan Kurus:
Para pelajar akan belajar tentang proses rekabentuk industri yang bermula dengan penghasilan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lakaran bebas samada secara manual atau secara digital, seterusnya memindahkan lakaran tersebut kepada lukisan kejuruteraan dengan menggunakan perisian CAD (Computer Aided Design) seperti Autocad dan Inventor atau CAID (Computer Aided Industrial Design) seperti Alias. Lukisan kejuruteraan ini seterusnya akan diterjemahkan pula dalam bentuk 3D (3 Dimensi) dengan penghasilan model atau prototaip yang mengaplikasikan pelbagai jenis kaedah iaitu seperti teknik asas pembuatan model menggunakan foam, kayu atau arycalic dan juga teknik lanjutan pembuatan model iaitu menggunkana gentian kasa (Fibre Glass) dan dikemaskan dengan teknik pembuatan deras atau lebih dikenali sebagai Rapid Prototyping.
Para pelajar juga akan didedahkan dengan teknik pengurusan dan pembentangan yang berkesan di mana di tahun akhir pelajar dikehendaki menghasilkan projek akhir yang mengaplikasikan semua modul dan di antaranya pelajar perlu menghasilkan bahan bantuan pembentangan berbentuk multimedia dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Macromedia Flash.
Syarat Kemasukan:
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 26 Mac 2010 03:22 )






























