Soalan Lazim

Apa itu ILP ?

ILP adalah Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia

Dimana lokasi sebenar ILP Ledang ?

ILP Muar terletak di KM 43, Jalan Segamat, 84020 Sagil, Johor. Untuk Melihat Peta ke ILP Ledang sila Klik Disini

Berapakah Jumlah Kesemua Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Ledang ?

ILP Muar Menawarkan 8 Kursus Kesemuanya iaitu Teknologi Pemesinan CNC, Teknologi Pembuat Acuan Pembentuk, Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, Teknologi Fabrikasi Logam, Teknologi Rekabentuk Produk Industri, Teknologi Mekatronik, Teknologi Plastik dan Teknologi Komputer (Rangkaian).

Bagaimanakah Untuk Saya Memohon Masuk Ke ILP Ledang ?

Permohonan Masuk Ke ILP Ledang boleh dibuat secara online di Laman Web http://www.jtm.gov.my atau datang terus ke Institut ini berkumpa dengan Pegawai Unit Pengurusan Latuhan (UPL)

Kemana Selepas ILP ?

Lulusan ILP mempunyai peluang yang sangat cerah dan menarik minat industri sebagai juruteknik dan pembantu juruteknik. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3, 4 dan 5 ynag setara dengan diploma dan ijazah seperti di ADTEC, JMTI, GMI, MFI, CIAST, IKTBN dan beberapa universiti

Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil setelah tamat

latihan ?

Sijil akan ditauliahkan setelah tamat latihan dengan jayanya oleh badan kerajaan seperti berikut iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia (SKM Tahap 1 dan 2) dan juga Sijil Juruteknik Perindustrian dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Apakah Bahasa Perantaraan Yang digunakan semasa pembelajaran ?

Semasa sessi pembelajaran dijalankan, penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 15 April 2009 15:22 )