Sejarah Penubuhan
Berkuatkuasa pada 01/01/2009, Institut Latihan Perndustrian Muar dengan rasminya telah bertukar nama kepada Institut Latihan Perindustrian Ledang selaras dengan rasminya Tangkak sebagai satu lagi daerah di dalam negeri Johor.
Pada tahun 1998, sejarah bermulanya pembinaan ILP Ledang sebagai Institut latihan teknikal dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50 ekar berhampiran pekan Sagil. Di bangunkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-7, ILP Ledang yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran teknikal secara formal bagi lepasan sekolah dan pekerja industri telah memulakan operasi dengan resminya pada 13 Oktober 2000 dan pengambilan pelatih yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001. Kos perbelanjaan keseluruhan termasuk bangunan dan peralatan ialah 170 juta.
Majlis peresmian ILP Ledang telah dilakukan secara serentak melalui persidangan video (video conference) oleh Timbalan Perdana menteri pada masa itu Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi di ADTEC Shah Alam dan di sempurnakan di ILP Ledang oleh Menteri Besar Johor Dato’ Hj. Abdul Ghani Othman pada 11 Januari 2003.
Pihak pengurusan pada masa itu diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Pn. Rosnah bte Muhammad Tahir. Kakitangan yang terlibat pada masa itu seramai 70 orang iaitu terdiri dari 60 orang pensyarah dan 10 orang kakitangan pentadbiran. Kapasiti pelajar seramai 600 orang pada satu satu masa iaitu 400 orang lelaki dan 200 orang perempuan.
Pada tahun 2004 pengurusan pentadbiran telah diterajui oleh Tuan Hj. Zainuddin Bin Hj Ahmad sehingga sekarang. Kakitangan telah bertambah dari 70 orang kepada 97 orang. Terdapat 8 kursus yang dijalankan di ILP ini.
- Teknologi Pemesinan CNC
- Teknologi Pembuat Acuan Pembentuk
- Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
- Teknologi Fabrikasi Logam
- Teknologi Rekabentuk Produk Industri
- Teknologi Mekatronik
- Teknologi Plastik
- Teknologi Komputer (Rangkaian)
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 16 April 2009 15:37 )






























