Text size

Teknologi Rekabentuk Produk Industri

Bahagian Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPDT) adalah satu kursus pembelajaran tentang proses penghasilan sesuatu produk industri yang melalui pelbagai peringkat rekabentuk. Para pelajar akan belajar mengenai proses rekabentuk industri yang bermula dengan penghasilan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lakaran bebas sama ada secara manual atau secara digital, seterusnya memindahkanlakaran tersebut kepada lukisan kejuruteraan denagn menggunakan perisian CAD (Computer Aided Design) seperti Autocad dan Inventor serta penggunaan CAID (Computer Aided Industrial Design) sepeti Alias. Lukisan rekabentuk kejuruteraan ini seterusnya akan diterjemahkan pula dalam bentuk 3D (3 Dimensi) dengan penghasilan model atau prototaip yang mengaplikasikan pelbagai jenis kaedah iaitu seperti teknik asas pembuatan model menggunakan foam, kayu atau arycalic dan juga teknik lanjutan pembuatan model iaitu menggunakan gentian kaca (Fibre Glass) dan dikemaskan dengan teknik semburan angin (Airbrush). Selain itu, model juga dapat dihasilkan dengan teknik pembuatan deras atau lebih dikenali sebagai Rapid Prototyping.

Para pelajar juga akan didedahkan dengan teknik pengurusan dan pembentangan yang berkesan di mana di tahun akhir pelajar dikehendaki menghasilkan projek akhir yang menerapkan semua modul dan di antaranya pelajar perlu menghasilkan bahan bantuan pembentangan berbentuk multimedia denagn menggunakan Adobe Photoshop dan Macromedia Flash.

Jangkamasa keseluruhan kursus adalah selama 2 tahun iaitu merangkumi Tahap 2 dan 3 serta latihan Sambil Kerja. Para pelakar akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari JPK dan juga Sijik Juruteknik Perindustrian dari JTM.

 

Senarai Modul

Semester 1 / Tahap 1

KOD NAMA
A12-01-01 CONCEPT SKETCHES AND DESIGN DEVELOPMENT IDEA
A12-01-02 MOCKUP DEVELOPMENT
A12-01-03 BASIC TECHNICAL DRAWING
A12-01-04 DETAIL DRAWING CONSTRUCTION
A12-01-05 MODEL MAKING
A12-01-06 DOCUMENTATION AND PRESENTATION
MK-1011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 1
SK-1021 SAINS KEJURUTERAAN 1
PI-1031 PENDIDIKAN ISLAM 1
PM-1041 PENDIDIKAN MORAL 1
BI-1051 BAHASA INGGERIS 1
IT-1061 APLIKASI KOMPUTER
- KO-KURIKULUM

Semester 2 / Tahap 2

KOD NAMA
A12-02-01 CONCEPT SKETCHES AND DESIGN DEVELOPMENT IDEA
A12-02-02 MOCKUP DEVELOPMENT
A12-02-03 BASIC TECHNICAL DRAWING
A12-02-04 DETAIL DRAWING CONSTRUCTION
ST801 MODEL MAKING
MK-2011 DOCUMENTATION AND PRESENTATION
SK-2021 MATEMATIK KEJURUTERAAN 1
BI-2051 SAINS KEJURUTERAAN 1
PI-2031 PENDIDIKAN ISLAM 1
PM-2041 PENDIDIKAN MORAL 1
- BAHASA INGGERIS 1

Semester 3 / Tahap 3

KOD NAMA
A12-02-01 PRODUCT DRAWING
A12-02-02 3D MODELLING
A12-02-03 RAPID PROTOTYPING
A12-02-04 ADVANCE MODEL MAKING
ST801 SUPERVISORY SKILLS
MK-2011 MATEMATIK KEJURUTERAAN 2
SK-2021 SAINS KEJURUTERAAN 2
BI-2051 BAHASA INGGERIS 2
PI-2031 PENGAJIAN ISLAM 2
PM-2041 PENDIDIKAN MORAL 2
- KO-KURIKULUM

 

Persijilan

  • Sijil Juruteknik Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia
  • Sijil Kemahiran Tahap 2 & 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran 

Kemudahan

  • 3 buah makmal komputer 
  • 2 buah kelas teori berkapasiti 30 orang satu kelas
  • Kelengkapan bengkel yang lengkap
  • Latihan yang diberi oleh pakar-pakar yang diiktiraf oleh JPK

Aktiviti Luar Yang Pernah Di Jalankan

Program Kursus Jangka Pendek (Customised) untuk modul berikut:

  • CAD -AutoCAD 2010
  • macromedia Flash Version 8
  • Adobe Photoshop CS3
  • Introduction to Rapid Prototyping (FDM-Dimensions)

Bengkel Rekabentuk anjuran bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) iaitu:

  • Brainstorming, Sketching and Rendering Courses
  • Model, Mock-up and Prototype Courses

Prospek Kerjaya

Setelah menamatkan latihan, pelajar Kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri layak ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3. Bagi tahap 2, pelajar berpeluang bekerja sebagai Juruteknik Rekabentuk Produk Industri manakala bagi tahap 3 pula, pelajar boleh menjadi seorang Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri di Sektor kerajaan mahupun swasta. Secara umumnya, profesion yang boelh diceburi oleh pelajar-pelajar lepasa kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Pelukis Pelan (Draughtman)
  2. Pereka Perabot
  3. Model Maker (spt: Perodua)
  4. CNC Programmer / Designer
  5. Design Engineer

We have 7 guests and no members online